Jurassic Game Fishing Pond sememangnya telah popular di kalangan pengemar sukan memancing air tawar yang mengidamkan pertarungan dengan spesis-spesis ikan bersaiz mega seperti Toman Harimau (Giant Snakehead), Haruan (Striped Snakehead), Alligator Gar, Arapaima Gigas serta dua spesis keli yang menjadi subjek buruan utama buat kami. Spesis yang menjadi subjek buruan pada kali ini ialah Amazon Redtail Catfish yang berasal dari Lembangan Amazon, Amerika Selatan dan Thai Redtail Catfish berasal dari negara Thailand. Lokasi kolam yang terletak di Jalan Batu Arang/Bestari Jaya, Rawang, Selangor mudah untuk dikunjungi serta terletak di tepi jalan besar sebelum Bandar Tasik Puteri
Amazon Red Tail Catfish atau nama asalnya Pirara mempunyai bentuk badan yang pendek serta montel dan mempunyai bentuk kepala yang agak besar serta keras. Pada bahagian atas badan spesis ini berwarna kelabu kehitaman dengan kombinasi warna putih pada bahagian bawah badan manakala pada bahagian ekornya berwarna oren kemerahan dengan permukaan kulitnya yang agak kasar dan tidak licin seperti spesis keli yang biasa terdapat di sekitar negara-negara Asia Tenggara. Apa yang diketahui mengenai spesis ini ialah ianya boleh membesar dan mencapai berat sehingga 150lb serta merupakan spesis mega yang biasa dan banyak terdapat di sekitar Lembangan Amazon.
Amazon Redtail Catfish yang berjaya didaratkan |
Kemasukan spesis RedTail Catfish di Malaysia pada peringkat awal adalah atas sebab digemari oleh pengemar ikan hiasan disini kerana keunikan dan kecantikan yang terdapat padanya. Walaubagaimanapun apabila evolusi dan populariti sukan memancing semakin mendapat tempat dikalangan pengemar sukan memancing di Malaysia maka ini telah membuatkan ada pengusaha kolam memancing berbayar seperti Jurassic Fishing Pond Rawang mengambil langkah inisiatif dengan memasukkan spesis-spesis pemangsa dari luar Malaysia yang boleh dikategorikan sebagai "gamefish" ke dalam kolam-kolam memancing mereka supaya dapat memberi kepuasan dan kelainan serta pemancing boleh merasai sendiri pertarungan hebat dengan spesis Red Tail Catfish yang sememangnya telah popular dikalangan penggemar sukan memancing air tawar di seluruh dunia.
Thai Redtail Catfish atau Asian Redtail Catfish yang berjaya didaratkan |
Rakan MTS iaitu Saudara Ijam bersama dengan Red Tail seberat 27kg |
Bersama penyokong-penyokong cilik |
Merakamkan kenangan bersama Amazon Redtail Catfish yang telah memberikan tentangan hebat di dalam pertarungan |
Masa tiga jam yang ditawarkan oleh pemilik kolam berserta pertarungan demi pertarungan yang berlaku pada malam itu telah memberikan kepuasan memancing buat kami berdua. Sebanyak 4 ekor spesis Amazon Redtail Catfish dan 3 ekor spesis Thai Redtail Catfish bersaiz 5 ke 9 kg telah berjaya kami daratkan daripada 12 "strike" yang telah di perolehi dalam masa tiga jam tersebut.
Thai Redtail terakhir yang berjaya didaratkan pada jam 10.30 malam |
Sesungguhnya usaha dan inisiatif pemilik Jurasic Game Fishing Pond di dalam memberikan keunikan dan kelainan kepada pengemar sukan memancing tempatan amatlah dihargai dan ianya di harap dapat memberi impak yang positif di dalam industri perlancongan sukan memancing di Malaysia suatu hari nanti. Sebelum menamatkan penulisan ini buat sementara waktu, saya meletakkan harapan yang tinggi agar individu-individu yang telah membawa masuk spesis-spesis ikan yang berasal dari luar Malaysia sama ada untuk tujuan komersil ataupun sebagai haiwan perliharaan supaya tidak mengambil langkah mudah dengan melepaskan spesis-spesis ikan ini ke habitat-habitat semulajadi yang terdapat di sini kerana di khuatiri ianya akan merosakkan ekosistem serta menyebabkan kepupusan spesis-spesis tempatan dan akhirnya akan menjadi satu kerugian buat generasi akan datang.
INFORMASI TAMBAHAN
Link untuk ke lokasi Jurassic Game Fishing Pond dengan menggunakan applikasi WAZE.
Konsep tangkap dan lepas. 24 Jam
Bayaran Masuk : RM100 untuk 3 jam berserta bayaran deposit sebanyak RM50 - 1 joran
Anak Lampam sebagai umpan hidup ada dijual dengan harga RM1 seekor
Teknik memancing menggunakan gewang dan soft plastik adalah dibenarkan walaubagaimanapun penggunaan mata tiga pada alatan tersebut adalah di larang sama sekali.
Akhir kata ... "Majulah Sukan Memancing Malaysia"
#tinyfishblogger
#malayatackleshop
0172789574
gerapoh@yahoo.com.my
#jurassicgamefishingpond
#amazonredtailcatfish
#pirara
#thairedtailcatfish
#asianredtailgamefish
#malaysiasportfishing